TIPS
Dekorasi Ruang Tamu Rumah Anda

Tengah buat apa tu? Ke anda tengah mencari idea untuk deko ruang tamu rumah. Maklumla kan, ruang tamu ni kadang-kadang menjadi tempat santai kita dengan keluarga. Pasti kita nak hias ruang ni nampak tenang, cantik dan tersusun.

Di sini, kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk dekorasi ruang tamu.

Tips Deko Ruang Tamu Mahabbah Property
  • Gunakan Cermin Sebagai Hiasan Dinding

    Teknik menggunakan cermin pada dinding selalu digunakan oleh kebanyakan pakar hiasan dalaman untuk pastikan ruang tampak lebih luas. Bukan itu saja, cermin hias dinding juga mampu menjadikan ruang tampil lebih elegant dengan gaya tersendiri.

  • Guna Warna Neutral Untuk Ruang Tamu

    Guna warna neutral pada dinding, siling, lantai atau hiasan perabot contohnya kusyen. Warna neutral lebih diberi keutamaan kerana ia mampu bangkitkan rasa tenang dan buat ruang tamu anda nampak lebih luas. Sebagai contoh, ruang tamu dengan warna beige mampu jadikan ruang lebih menyerlah pada ruang kecil.

  • Guna Meja Kopi Yang Sesuai dengan ruang

    Untuk ruang yang kecil mungkin anda perlu ubah balik meja kopi kepada saiz yang lebih kecil. Dari sebuah meja kopi yang bersaiz besar anda mungkin boleh tukar kepada 2 meja bulat yang bersaiz kecil. Bukan saja cantik untuk ruang yang kecil malah bagus untuk “traffic flow”, dan mudah alih.

  • Pilih Perabot yang Bersaiz Kecil (Minimalis)

    Senarai tips dekorasi ruang tamu rumah anda seakan tidak lengkap tanpa idea pemilihan perabot. Saiz perabot adalah penting untuk diambil kira agar ruang tamu yang kecil tidak terlalu sesak. Pilih perabot yang tidak terlalu besar kerana ini akan menjimatkan ruang. Guna konsep yang biasa kita dengar dalam hiasan dalaman – “Less is More”.

  • Penyusunan Perabot

    Cuba susun set sofa atau kerusi di tengah-tengah, berbanding meletakkan kerusi rapat ke dinding. Jika anda tinggalkan jarak di antara perabot dan dinding, ini akan buatkan ruang tamu nampak lebih luas dan selesa. Idea lain yang juga selalu digunakan ialah dengan memilih perabot yang lebih rendah.

Dekorasi Ruang Tamu

Penggunaan tona warna yang neutral atau lembut menampakkan suasana yang tenang dan nyaman.

Dekorasi Ruang Tamu

Ruangan yang kecil nampak kemas bila menggunakan perabot yang minimalis.

Sumber Gambar: Pinterest.com