Kami Bina Dengan Tanggungjawab | Kualiti 5 Bintang | Harga Kasih Sayang
Spesifikasi bangunan MEGSB merangkumi struktur binaan dan juga kemasan dalam binaan sesebuah kediaman. Selain itu, kami turut menekankan rekaan dalaman dalam pembinaan sesebuah kediaman. Kami akan memastikan setiap binaan kediaman menepati segala keperluan pelanggan sepanjang tempoh pembinaan kediaman tersebut.
STRUKTUR BINAAN
Kami akan memastikan struktur binaan untuk sesebuah kediaman itu menggunakan bahan binaan yang berkualiti tinggi dan terjamin. Bahkan, ciri-ciri keselamatan dititikberatkan dalam binaan kediaman bagi menjamin keselamatan kepada pelanggan.
Kemasan akan dilakukan bagi memastikan dinding, lantai dan lain-lain nampak lebih kemas, cantik dan tersusun. Kami akan memastikan setiap kediaman yang dibina mempunyai kualiti yang menampakkan ia seperti sebuah kediaman mewah dan gah.