MAHABBAH EMPIRE GROUP
Pemaju Hartanah & Kontraktor Perumahan

PROFIL MAHABBAH EMPIRE GROUP
MAHABBAH EMPIRE GROUP SDN BHD ditubuhkan dan diperbadankan sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad pada 6 Mei 2016 dengan menjalankan Perniagaan Hartanah.
VISI
Menjadi Peneraju Projek Lot Kediaman Mampu Milik Terunggul Di Malaysia Menjelang 31 Disember 2025;
Dan
Menjadi antara 5 Syarikat Pemaju Perumahan Terbaik Di Pantai Timur Menjelang 31 DISEMBER 2030.

MISI
Memperjuangkan hartanah mampu milik di Malaysia
Memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya memiliki aset hartanah untuk masa depan.
Menyediakan hartanah di lokasi strategik dan berdaya maju.
Menyediakan hartanah dan perkhidmatan yang berkualiti serta memberi kepuasan kepada pelanggan.
Menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik.
Mengamalkan konsep muamalat ‘Berniaga Sambil Beramal’.
Membina jaringan mahabbah dan ukhwah di kalangan staff, agen, pelanggan dan prospek.

OBJEKTIF
- Membentuk pasukan pengurusan dan staff yang cekap, amanah, berwawasan, disiplin, dan berdaya saing (kompetitif).
- Menyediakan dan mempraktikkan sistem perniagaan yang berlandaskan urus tadbir korporat.
- Membina dan memantapkan setiap jabatan supaya dapat menjana pengurusan bisnes yang efisien dan proaktif.
- Menyediakan insentif yang menarik kepada staff dan agen bagi merangsang perkembangan syarikat.
- Menyediakan pejabat urusan yang berimej korporat dan mesra pelanggan.
- Mewujudkan Akademi Pembangunan Mahabbah (APM) bagi membina jaringan staff dan tim agen yang mantap bagi menggerakkan segala aktiviti perniagaan untuk mendapat hasil yang maksima.
- Mewujudkan WISMA MAHABBAH.
- Menubuhkan YAYASAN MAHABBAH sebagai landasan kearah syarikat yang mengambil berat tentang kebajikan bagi mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
KENALI KAMI
Mahabbah Empire Group Sdn Bhd telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan No Syarikat MYcoID (1186415-K). Kami juga telah mendaftarkan Mahabbah Empire Group Sdn Bhd dan ‘Sahabat Hartanah Anda’ di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Tambahan lagi, kami merupakan peneraju projek hartanah dan kontraktor perumahan yang bergred G3.
PEJABAT MAHABBAH EMPIRE GROUP
- Pt 4939, TINGKAT 1 (ATAS PERODUA), BANDAR BARU TAMAN KOTA HARMONI, JALAN CEMPAKA MERAH, 17500 TANAH MERAH KELANTAN.
- 09 - 9556 313
- 09:00 am - 06:00 pm