10 Tips Asas Menabung

10 Tips Asas Menabung

1) NIAT MENABUNG

Pasang niat saya ingin menabung mulai bulan ini dan kedepan.Mulakan dengan Niat kawan.

2) INGIN BELI SESUATU

Pasang impian untuk beli sesuatu seperti rumah, maka tujuan kita jelas. Bila kita nak beli jubah Bola Amora baru kita akan ingat impian kita nak beli rumah.

3) DUIT BELANJA MESTI BERBAKI

Jika belanja kita sehari RM20, usahakan untuk ada baki RM3-5 sehari baru kita jadi seksi

4) TULIS DIBALANG TABUNG

Jika tabung itu untuk jalan jalan ke Sydney, tampal gambar kanggaro atau gambar sydney opera house. Baru semangat mengambara mengila

5) TABUNGAN TEMBUS PANDANG

Jika dapat balang kuih raya yang boleh nampak jumlah yang ada. Makin banyak duit masuk, makin semangat kita nak menabung. Jika balang tertutup kita kurang semangat sebab tak nampak duit menigkat. Lepas simpan sembunyikan ya

6) INGAT TUJUAN MENABUNG

Bila tangan dah gatal nak bukak lazada.com, ingat tujuan tabungan kita nak panjat kanggaro nanti. Boleh upload dalam insta, baru bergaya dan riak gila

7) SEMANGAT KEKALKAN

Jangan negatif, “alah tabung hilang nanti”,”Sikit begini bila nak kaya”. Tabungan bukan untuk jadi kaya, tapi taknak kita derita.

8) SASARKAN JUMLAH

Tulis sasaran tabungan kita nak berapa? Jika kita nak ada RM3000 tulis bagi jelas agar semangat kita juga membara. Kita hanya perlu simpan RM8.30 setiap hari, sebulan dapat RM250! Setahun dapat RM3000.

9) CATAT TABUNGAN DAN PERBELANJAAN

Ini penting memantau kemana duit kita hilang dan berapa simpanan kita bulan ini berjaya, baru semangat kita membara

10) IMIGINASI DUIT KURANG

Bila nak beli sesuatu, imiginasi duit kita kurang. Bayangkan simpanan dah ada RM5000 bila beli camera baru dah jadi RM2900 sahaja! Kita dah jadi miskin semula, ramai gadis tak suka

Biar rupa kita tak korea, tapi simpanan kita berganda ganda.

Kredit: Dr Azizul Azli Ahmad