Divider atau Penghadang
Divider atau penghadang merupakan idea yang membolehkan kita membuat pembahagian ruang dalam rumah kepada dua bahagian dengan fungsi yang berbeza. Malah, penghadang ini juga sebenarnya lebih mencantikkan lagi ruang rumah dan tampak lebih moden.
Divider ini amat sesuai digunakan jika tiada dinding yang menutupi ruang dapur dari pandangan tetamu yang berkunjung ke rumah kita. Selain dari itu, ia juga sesuai dipasang sekiranya kita mahu mewujudkan ruang membaca, ruang solat bersama keluarga, ruang kerja, dan sebagainya di rumah.
Disini, kami ingin berkongsi beberapa idea divider yang boleh dijadikan inspirasi bagi mendekorasikan ruang rumah anda.
Divider Pelbagai Fungsi
Divider atau penghadang yang mempunyai pelbagai fungsi dapat menjadikan ruang lebih nampak menarik dan kreatif. Sebagai contoh, penghadang yang mempunyai fungsi sebagai rak buku, rak hiasan dan almari kasut dapat membantu anda menjimatkan ruang dan kos selain menjadikan ruang nampak kemas, tersusun dan cantik.
Sumber Gambar:
Pinterest.com, hoomy.com

















