IDEA LANDSKAP
Untuk Hias Laman Rumah
Kali ini kami tampilkan idea landskap laman rumah termasuk di balkoni, bahagian tepi rumah, belakang rumah dan bahagian hadapan rumah. Bagi yang suka pada suasana yang tenang dan mengurangkan stress apabila berada di rumah, boleh ambil idea dari yang kami kongsikan ini.
Mencipta ruang landskap di rumah sebenarnya memberi ruang kepada anda sekeluarga untuk dijadikan tempat bersantai dan tempat anak-anak bermain. Selain itu, ia juga membolehkan anda menjamu selera atau minum petang di ruangan tersebut.
Landskap ini bukan sahaja tertumpu kepada hiasan semata-mata. Anda sebenarnya boleh menjadikan ruangan tersebut sebagai tempat bercucuk tanam seperti sayur-sayuran atau buah-buahan yang boleh ditanam di dalam pasu dan sebagainya. Pasti ruang tersebut jadi lebih menarik dengan suasana kehijauan dan warna-warni bunga-bungaan.
Kami kongsikan beberapa idea atau contoh landskap laman rumah yang sangat cantik, menarik dan tenang.
Sumber: Pinterest.com




















