Konsep Hiasan Dalaman Scandinavian
Konsep atau tema Scandinavian ini dipelopori oleh Negara Scandinavia atau Nordic iaitu Sweden, Denmark, dan Norway.
Tema ini merupakan gaya ringkas, sederhana serta sesuai untuk kediaman yang aman, tenang dan lapang. Malah, ia dapat membantu rumah kelihatan lebih cerah dan ceria.
Kebiasaannya konsep ini menggunakan warna putih, hitam dan kelabu. Tetapi dalam tema ini juga sesuai menggunakan warna pastel. Tambahan pula, ia boleh dipadankan dengan perabot yang mempunyai unsur kayu kerana ia boleh membiaskan cahaya.
Walaupun konsep Scandinavian ini nampak ringkas, tetapi ia menampakkan seperti kediaman yang mewah. Konsep ini adalah sesuai untuk kediaman yang terhad. Malah, warna-warna lembut pada konsep ini secara psikologi dapat memberikan ketenangan dan mengurangi stress kepada penghuni kediaman.
Boleh dijadikan sebagai inspirasi bagi hiasan ruang tamu, ruang rehat atau ruang keluarga [1].
Hiasan dinding yang bertemakan hitam dan putih serta lantai yang berunsurkan corak kayu [1].
Hiasan dalaman seperti ini sesuai dijadikan sebagai ruang rehat atau bersantai bersama keluarga [2].
Ruangan dapur ini bertemakan warna putih serta
kelabu menampakkan ruangan ini lebih lapang dan kemas [2].
