Elakkan 4 Perkara Supaya Anda Tidak Salah Membeli Rumah
Empat (4) perkara yang perlu dielakkan supaya anda tidak salah membeli rumah. Berhati-hati dalam membuat pilihan.
1) HARGA MELEBIHI HARGA PASARAN
Kediaman yang kita beli dijual dengan harga masa depan melebihi harga pasaran atau nilai semasa. Ini memang tak masuk akal dan tak patut berlaku. 5 tahun kedepan pun belum tentu harga rumah tersebut naik dan sukar untuk jual kembali kediaman ini sekiranya anda dah pun terbeli dengan harga yang jauh lagi mahal daripada nilai pasaran.
Apa yang anda perlu buat? Kaji terlebih dahulu harga pasaran dan buat penilai terlebih rumah tersebut sebelum membeli. Adakah ianya berpatutan dengan hasil binaan dan nilai semasa.
Buat semakkan harga, harga kediaman bahagikan dengan keluasan lantai kediaman kita beli. Jika harga sekaki persegi disitu RM450 tetapi kita beli pada harga RM700. Kita sudah kena lipat sebenarnya.
2) TERBELI HARTANAH KOMERSIAL UNTUK DUDUK
Kita nak beli rumah untuk duduk sebagai kediaman tetapi terbeli service apartment yang akhir nanti bil api, cukai dan semua utiliti macam bayaran kedai. Kita bukan nak sewakan tetapi nak duduk selamnya disitu sampai mati.
3) LOKASI SALAH
Kawasan ini banyak ‘awang hitang’ atau berlaku jenayah. Hal ini perlu dititik beratkan juga untuk keselamatan keluarga. Lokasi sebegini kemungkinan ramai warga asing saja duduk dan yang tinggal. Elakkan tempat-tempat yang berisiko tinggi dan seringkali berlaku kes2 jenayah. Manakala elakkan juga di kawasan banjir yang setiap tahun berlaku banjir dan tenggelam separuh rumah.
4) TERLALU KECIL BUAT KELUARGA
Kediaman yang baik sebaiknya ada 3 bilik dan 2 bilik air. untuk lebih selesa sebaiknya beli yang antara 650psf-1000psf. Jangan beli kediaman dibawah ukuran itu. Elakkan beli studio jika nak duduk dan bina keluarga. Akan sampai masanya kita sangat tidak selesa menjaga batas aurat kita. Bina impian untuk miliki rumah mewah atau banglo sendiri mengikut kemampuan kita.
Jangan risau, semua orang pernah buat silap. baiki dan ushakan untuk majukan diri.
Belilah sebuah rumah yang baik buat keluarga tercinta kita.
Sumber Rujukan: Dr Azizul Azli Ahmad
