Hiasan Dalaman:
GAYA KLASIK TAMPAK MEWAH DAN KAYA

Ada ke dikalangan anda yang meminati hiasan dalaman gaya
klasik?

Entri kali ini kami akan kongsikan kepada anda inspirasi berkaitan hiasan dalaman gaya klasik.

Hiasan Dalaman Gaya Klasik 7

Konsep GAYA KLASIK

Gaya klasik ini menggambarkan kemewahan dan kekayaan sesebuah kediaman. Dari dulu hingga kini gaya klasik masih diterapkan dalam rekaan hiasan dalaman rumah. Ia menjadi kegemaran bagi semua peringkat umur.

Di zaman serba moden ini juga ramai yang menerapkan hiasan dalaman gaya klasik untuk kediaman mereka. Elemen-elemen penting dalam menggayakan suasana klasik di kediaman adalah seperti penggunaan perabot, warna, penggunaan frame dinding, wainscoting dan sebagainya.

Penggunaan warna keemasan memainkan peranan dalam menyerlahkan lagi gaya klasik sesebuah kediaman. Bagi gaya klasik yang dibawa daripada Eropah ia menggunakan warna gabungan seperti putih, hitam dan kelabu.

Semoga entri ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada anda.

SumBER:

Gambar PINTEREST; Decoratex

INSPIRASI
MAHABBAH