HIASAN DALAMAN: KONSEP MINIMALIS YANG SANTAI CANTIK DAN KEMAS
Konsep minimalis ini sesuai bagi sesiapa yang suka kepada kesederhanaan. Rumah nampak kemas dan tenang. Konsep minimalis bersifat praktikal dan simetri.
Dalam konsep sebegini juga selalunya tidak menggunakan gabungan lebih daripada dua warna asas. Warna pastel juga banyak digunakan dalam konsep ini untuk nampak lebih elegan.
Selain itu, susun atur atau pemilihan hiasan memainkan peranan penting dalam konsep minimalis supaya ia tidak lari konsep serta menyesakkan pandangan. Dalam pemilihan perabot dan aksesori hiasan perlu menitikberatkan elemen ringkas dan moden.
Konsep ini sebenarnya menjadikan ruang kelihatan bersih, nampak lebih kemas, santai dan cantik. Malah ia mampu meneutralkan kepenatan anda setelah seharian bekerja.
Berikut adalah beberapa idea untuk menerapkan konsep minimalis dalam kediaman anda.