Hiasan Dalaman:
Konsep Unik GAYA INDUSTRI.

Menghias kediaman merupakan sesuatu perkara yang menarik untuk dilakukan kerana ia boleh menjadi kanvas untuk anda mencurahkan kreativiti dan personaliti seseorang itu ke dalam kediaman sendiri.

Entri kali ini, Inspirasi Mahabbah memaparkan konsep serta idea yang unik gaya industri dalam hiasan dalaman untuk kediaman anda.

Industrial Living Room Concept

Konsep Industri

Konsep industri ini merujuk kepada trend estetik dalam reka bentuk dalaman yang mengambil petunjuk dari kilang-kilang lama. Konsep ini menjadikan kediaman yang nampak simple tetapi nampak hipster dan mempunyai karakter.

Selain itu, dalam konsep ini juga memaparkan elemen-elemen seperti batu-bata, kayu dan besi atau logam. Konsep industri ini menjadikan ketiga-tiga elemen tersebut sebagai asas dalam persembahan dekorasi. Tambahan pula, ia banyak memberi tumpuan kepada konsep minimalis dan menonjolkan ketiga-tiga elemen tersebut. Ada juga yang menggunakan bahan terbuang atau kitar semula dan bahan industri seperti kaca, aluminium, paip dan getah yang diolah atau di ubah untuk dijadikan hiasan yang menarik.

Ciri-ciri utama reka bentuk dalam konsep industri ini yang boleh diterapkan dalam kediaman anda adalah seperti penggunaan tona monokrom, permukaan kayu dan besi, perabot dan aksesori vintaj, paip dan salur elektrik yang dibiar terdedah, batu-bata merah dan hutan konkrit [1]. Konsep industri ini memerlukan susunan yang betul dari segi perabot dan peralatan yang lain untuk mengelakkan ruang nampak serabut, semak dan sesak.

Pemilihan konsep ini menggambarkan pemilik adalah seorang yang kreatif dan inovatif kerana mampu menyuaipadankan ketiga-tiga elemen itu dengan pencahayaan yang tepat bagi menyerlahkan lagi konsep tersebut. Malah, orang yang sukakan suasana industri ini amat menghargai atau menyukai barangan klasik untuk dijadikan dekorasi dan hiasan rumah mereka.

BILIK TIDUR
BILIK AIR
Serlahkan Gaya dengan PENCAHAYAAN

SumBER:

[1] IMPIANA

[2] Gambar PINTEREST

INSPIRASI
MAHABBAH