IDEA DEKORASI
HIASAN DINDING RUMAH

Bila kita ada rumah sama ada menyewa atau miliki rumah sendiri, pasti kita rasa nak hias rumah nampak tersusun, menarik dan sedap mata memandang.

Entri dekorasi kali ini kami memaparkan beberapa idea/ tips untuk hiasan dinding rumah anda. Kami telah menyusun beberapa idea mengikut kategori bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan idea yang mana sesuai untuk menghias dinding di rumah anda.

Pemilihan hiasan dinding ini perlu dilihat dan diteliti pada penggunaan perabot atau cat dinding yang sedia ada bagi menaikkan lagi seri hiasan dan suasana rumah itu sendiri.

Cat memainkan peranan penting dalam menghias bilik atau dinding di ruang tamu. Penggunaan cat yang lembut dan pastel menjadikan ruangan terasa luas dan nyaman.

Berikut adalah beberapa idea hiasan dinding yang kami ingin kongsikan kepada anda.

LUKISAN DINDING

Dalam hiasan dinding, anda boleh menggunakan kertas dinding (wallpaper) khas untuk lukisan dinding. Wallpaper berwarna kuning atau emas boleh membantu dalam menjadikan ruang nampak lebih cerah.

Selain dari itu, jika anda pakar dalam lukisan tangan anda boleh membuat lukisan mural pada dinding sama ada pada ruang sudut bacaan, ruang makan dan sebagainya. Tambahan lagi, anda juga boleh membuat corak geometri pada dinding mengikut kreativiti anda sendiri.

RAK HIASAN

Penggunaan rak hiasan dalam hiasan dinding memberikan satu kelainan pada dinding. Nampak lebih wow dan cantik. Ada yang memasang rak hiasan ini sebagai rak buku, tempat untuk letak pasu bunga dan barang hiasan.

PELEKAT VINIL/ STICKER

Pelekat vinil/ sticker ini senang digunakan dan boleh dapat dengan harga yang murah. Dekorasi menggunakan pelekat ini juga boleh menaikkan seri bagi sesuatu ruang.

HIASAN CERMIN

Penggunaan cermin menjadikan ruang yang sempit nampak lebih luas. Dan, ia juga boleh memancarkan pencahayaan supaya nampak lebih cerah.

PLAT/ PIRING HIASAN

Penggunaa plat atau piring ini sesuai untuk gaya traditional dan juga moden. Ia kelihatan cantik jika dihias di ruang makan. Cara penyusunan/ susun atur hiasan ini mempengaruhi suasana sekeliling. Ia boleh digantung secara simetri, rawak dan sebagainya.

FRAME GAMBAR SEBAGAI HIASAN

Penggunaan frame gambar dengan pelbagai saiz yang disusun dengan kemas akan menjadikan ruang tersebut lebih hidup dan segar. Pelbagai frame yang boleh digantung seperti gambar quote, kaligrafi, tempat-tempat menarik dan sebagainya.

BINGKAI DINDING/ WAINSCOTING

Penggunaan bingkai dinding menjadi pilihan rata-rata rakyat di Malaysia. Ia merupakan hiasan dinding moden yang digunakan oleh kebanyak kontraktor perumahan masa kini. Pemilihan cat juga penting untuk mendapatkan hasil yang cantik dan wow.

Sumber: Pinterest.com