IDEA DEKORASI KONSEP FARMHOUSE MENDAMAIKAN DAN TENANG
Terdapat banyak pilihan konsep rekaan/ dekorasi dalaman rumah yang sedang menjadi tren masa kini. Ia bermula dari konsep industri, minimalis (seperti Scandinavian), farmhouse, retro dan sebagainya.
Untuk entri kali ini, kami bawakan konsep farmhouse sebagai inspirasi bagi rekaan dalaman rumah anda.
Farmhouse atau rumah ladang ala Inggeris ini merupakan salah satu konsep yang digemari oleh orang ramai masa kini yang sukakan suasana desa. Konsep ini menerapkan rekaan dalaman rumah yang hangat dan romantik kerana ia dekat dengan alam dan kedesaan Inggeris. Contohnya seperti penggunaan papan kayu, papan tulis, barang-barang dari alam dan sebagainya.
Dekorasi ruang tamu nampak menarik dengan gabungan meja yang berasakan kayu palet, tumbuhan hijau serta gabungan warna yang hangat dan lembut menjadikan suasana lebih romantik. Penggunaan warna yang neutral akan membuatkan penghuni mahupun pengunjung merasa nyaman dan tenang.
RUANG TAMU
Pada bahagian dapur dan ruang makan banyak menggunakan rekaan perabot atau kabinet dapur yang berasaskan kayu.
RUANG DAPUR & MAKAN
Dekorasi bilik tidur juga banyak menggunakan warna pastel atau neutral seperti sarung bantal, cadar serta selimut. Penggunaan perabot berasaskan kayu serta tumbuhan hijau menyerlahkan lagi suasana kedesaan.
BILIK TIDUR
Selain itu, anda juga boleh mewujudkan satu ruangan pada sudut-sudut tertentu dengan dekorasi rumah ladang ini seperti ruangan untuk bersantai, membaca dan sebagainya. Pada ruangan dobi juga anda boleh menerapkan dekorasi konsep yang sama.
RUANGAN LAIN
Semoga entri kali ini memberi inspirasi kepada anda dalam mendekorasi kediaman sendiri.