IDEA DEKORASI
REKABENTUK RAK DAN KABINET TV
Dengan teknologi yang semakin berkembang kini, pastinya hampir semua rumah mempunyai TV. Pelbagai jenis TV yang digunakan seperti LCD, LED atau flat screen yang berbentuk nipis. Dengan bentuk yang nipis, ringan dan mudah dikendalikan, TV jenis ini boleh diletakkan di atas rak, kabinet atau dilekatkan pada dinding. Dengan ini, ia sangat menjimatkan ruang bagi anda yang mendiami rumah yang bersaiz kecil.
Kebiasaannya TV ditempatkan di ruang tamu atau ruang keluarga. Jadi dekorasi dengan sentuhan dan konsep design yang betul untuk rak TV akan menyerlahkan lagi hiasan dalaman rumah anda.
Dekorasi ini amat penting kerana di sinilah tempat anda menghabiskan masa bersama keluarga sambil menonton TV bersama. Selain itu, ia menjadikan ruang dinding rumah anda nampak lebih kemas, tersusun dan cantik.
Di sini kami kongsikan beberapa idea dekorasi rekabentuk/ design rak dan kabinet TV yang sangat menarik dengan pelbagai bentuk sebagai rujukan inspirasi untuk anda.
Di bawah ini kami sertakan contoh ukuran bagi memudahkan anda merancang dalam memiliki rak dan kabinet TV di rumah. Semoga entri kali ini memberi inspirasi kepada anda.
Sumber: Pinterest.com