IDEA
'Wardrobe Design' Bagi Bilik Tidur Kecil

Entri kali ini kami memaparkan beberapa idea rekabentuk almari pakaian atau wardrobe design bagi ruang bilik tidur yang kecil. 

Bagi anda yang masih menyewa atau dalam perancangan untuk membeli rumah, ia tidak menjadi masalah untuk anda mencari idea atau tips dalam menghias rumah seperti wardrobe design dan sebagainya. 

Idea wardrobe design ini membolehkan anda memanfaatkan setiap ruang yang ada. Selain itu, ia juga merupakan satu langkah penjimatan ruang yang ada. Penggunaan wardrobe yang sesuai membolehkan ruang yang kecil nampak kemas dan tersusun.

Selain dari itu, padanan warna bagi wardrobe atau perabot yang ada mempengaruhi suasana bilik tersebut. Dengan penggunaan warna yang lembut seperti putih atau pastel boleh menjadikan ruang yang kecil nampak luas dan sedap mata memandang.

Berikut adalah beberapa idea penggunaan wardrobe bagi ruang bilik tidur yang kecil. Semoga sedikit sebanyak idea dari entri ini memberi inspirasi kepada anda. 

Sumber: Pinterest.com