REKABENTUK
SILING KAPUR UNTUK RUMAH ANDA

Mengapa anda harus memilih siling kapur atau siling plaster untuk rumah kediaman anda?
Penggunaan siling kapur ini adalah untuk menutupi sesuatu ruangan seperti pendawaian elektrik serta sistem perpaipan.

Tambahan ianya juga boleh digayakan sebagai suatu elemen dekorasi ruang dalaman rumah anda. Ia boleh menjadikan rumah anda tampak kemas, cantik dan moden. Dengan menggunakan bentuk-bentuk yang pelbagai, pereka bentuk atau kontraktor anda dapat menghasilkan kesan-kesan pencahayaan yang berbeza untuk menambah kesan visual untuk bilik anda [1].

Terdapat beberapa keistimewaan penggunaan siling kapur iaitu:

  • Lebih tebal dari siling asbestos yang menyebabkan keadaan dalam rumah anda menjadi sejuk
  • Kerangka besi yang digunakan tidak dimakan oleh anai-anai
  • Kos pemasangannya yang lebih jimat berbanding siling-siling lain
  • Dapat memilih pelbagai design atau rekabentuk yang terkini dan menarik mengikut cita rasa anda

Penggunaan siling kapur ini bukan sahaja digunakan untuk kediaman rumah, bahkan ia turut digunakan di premis perniagaan dan hotel. Siling kapur ini dapat mewujudkan lambang kemewahan dengan gabungan cahaya lampu yang betul dan sesuai dengan suasana sesuatu ruangan.

Di sini, kami kongsikan kepada anda beberapa contoh design/ reka bentuk siling kapur untuk dijadikan sebagai inspirasi dalam dekorasi ruang dalaman rumah anda.

Sumber: [1] recommend.my, Pinterest.com, stylesatlife.com, therecipeproject.com