Rumah Idaman

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman. Rumah yang mampu memberikan keselesaan kepada keluarga. 

Apa yang anda perlu tahu untuk dapatkan rumah idaman anda?

Tips Rumah Idaman
  • Harga Rumah

    Pastikan harga rumah sesuai dengan pendapatan kita. Potongan rumah tak lebih 35% dari gaji kita. Mengikut kemampuan kita.

  • Jenis Rumah

    Kita nak beli Bunglow, Semi D, Pangsapuri, Teres atau Kondominium. Pilih yang kita mampu bukan kita suka. Sekiranya dapat rumah bungalow dengan harga teres . Lagi Bagus!

  • Jenis Geran

    Semak samada pegangan bebas, pajakan, komersial, sekatan jika ada.

  • Pelan Rumah

    Keluasan lantai, berapa bilik, lokasi ruang dan orentasi kiblat. Sebaiknya 3 bilik 2 bilik air minimum.

  • Lokasi Rumah

    Sebaiknya kurang sejam dari tempat kerja perjalanan. Ada pelbagai kemudahan sekitarnya. Jika dekat dengan bandar lagi bagus.

  • Kemudahan Rumah

    Dekat dengan sekolah, stesen minyak, kolam renang, dewan, parking, pusat beli belah.

  • Jaringan Pengangkutan

    Ada jalan raya bersebelahan, dan senang dapat kenderaan awam. Senang untuk pengangkutan keluar dan masuk.

Bagi pelabur hartanah, jangan utamakan rumah idaman. Utamakan rumah kediaman buat keluarga tercinta.

Sahabat,
Waktu PKP ini kita rasanya penting ada rumah sendiri yang selesa buat keluarga kita. Beli rumah dan lindungi keluarga boleh jana pahala buat kita. Insya- Allah.

Kredit: Dr Azizul Azli Ahmad

Sumber Gambar: Pinterest.com