SEMAK
8 Tips Ini Sebelum Anda Membeli Rumah

Anda dah pasti ke nak beli rumah yang mana? Lokasi dekat mana? 

Pastikan anda semak dahulu 8 tips ini sebelum anda membeli rumah.

8 Tips Beli Rumah

1) Beli Ikut Kemampuan

Lulus loan bukan bermakna kita mampu bayar. Buat bajet sendiri. “Berapa aku nak bayar untuk beli rumah ini?”.

2) Dekat Tempat Kerja

Jika isteri juga kerja, pastikan dekat tempat kerja isteri. Lelaki perlu berkorban demi kesenangan keluarga.

3) Jangan Ada Impian Jual Lepas Siap

Kebanyakkan hartanah masih tidak menguntungkan kini lepas siap. Jangan ada perancangan jangka pendek.

4) Kaji Persekitaran

Pastikan dekat dengan kemudahan sekolah, jalan utama, klinik dan kedai. Makin dekat masjid lebih baik.

5) Kos Tambahan

Bagi unit kondo, pangsapuri dan servis apartment. Ada banyak kos tambahan bulanan. Ada bayaran sehingga RM200-350 setiap bulan. Bersedialah.

6) Privasi Anda

Jika anda sukakan privasi, hartanah bunglo, teres dan semi D adalah pilihan lebih baik dari jenis strata.

7) Nilai Semula Kondo

Pasaran paling terkesan bila banyak lebihan hartanah adalah kondo. Selagi ada tanah disekitar kondo, harga pasaran kondo akan tidak stabil.

8) Tiada Hartanah Sempurna

Jangan tunggu sampai jumpa hartanah sempurna. Kita tak akan beli rumah punya. Jika penuhi 70%-80% keperluan kita dah boleh beli.

Himpun duit dan belilah hartanah pertama.

Kredit: Dr.Azizul Azli Ahmad